Sauna Dan Sumosauna: Manfaat Yang Kita Tak Tahu

Kita biasa lihat masyarakat Korea khususnya di dalam rancangan KDrama yang banyak memaparkan sessi di dalam bilik sauna. Mereka memang kebanyakannya dah biasa & tahu manfaat bersauna itu selain ianya sebagai tempat untuk tenangkan fikiran.

So, Anda nak tau tak? Ada banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan bersauna, apatah lagi kalau kita jadikan ia sebagai aktiviti rutin harian; amnya & mingguan; khususnya.

Manfaat Bersauna Untuk Kesihatan & Kecantikan >.<

Jika anda sering merasa stres disebabkan oleh seharian bekerja atau sebab-sebab lain, dan anda ingin mencari cara rileks yang baik, sauna dapat membantu anda agar rasa lebih santai. Sauna juga meningkatkan aliran darah, serta dapat melepaskan hormon endorfin yang memberikan kesan ‘happy’ & pasti anda tersenyum!

Salah satu cara untuk kita dapat keluarkan racun/toksin dari badan adalah dengan berpeluh. Dan bersauna adalah pilihan yang tepat kerana peluh yang kita keluarkan semasa bersauna dapat membersihkan sisa-sisa racun/toksin dari badan kita.

Manfaat bersauna juga dapat menurunkan berat badan anda! TAK PERCAYA KE??? Nak tau? Ketika anda sedang bersauna, denyutan jantung anda meningkat disebabkan panas. Menurut kajian, bersauna selama 20 minit dengan suhu 75 Darjah Celsius (C) dapat membakar 300-400 kalori, serta meningkatkan kadar metabolisme badan anda!

Ketika anda bersauna, tubuh akan menghasilkan sel darah putih lebih cepat yang berguna untuk melawan infeksi, serta kuman seperti bakteria dan virus. Secara tak langsung anda tidak akan mudah jatuh sakit. Kalau sakit pun… cepat pulih! >.<

Suhu tinggi yang anda rasakan semasa bersauna akan memberikan kesan baik untuk jantung anda. Peredaran darah tubuh bekerja secara maksima dan lebih lancar, sehingga otot jantung bekerja dengan baik dan juga menyebabkan denyutan jantung lebih stabil. Bersauna juga dapat mengurangkan tekanan darah di mana ianya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung untuk jangka masa panjang. TAPI, kalau saat ini anda ada penyakit jantung atau penyakit serius yang lain, dinasihatkan minta nasihat dari doktor anda terlebih dahulu sebelum bersauna.

Khusus buat mereka yang rajin bersukan! Jika anda sering merasa sakit di bahagian otot atau sendi, ini berita baik untuk anda, kerana panas yang dihasilkan semasa bersauna boleh memberikan kesan yang baik untuk otot dan sendi serta melancarkan peredaran darah. Kajian mendapati, sauna boleh dijadikan sebagai ‘restorative’ atau pemulihan sebagaimana penggunaan ‘ice baths’, ‘foam rollers’ & cara pemulihan lain.  Proses ini juga dapat mengurangkan keradangan & sakit disebabkan oleh ‘arthritis’ atau ‘fibromyalgia’. Nak tau tak? Rajin bersauna boleh meningkatkan ‘performance’ anda sebagai ahli sukan.

Rutin bersauna juga dapat membantu anda dalam meningkatkan stamina. Apabila stamina meningkat, anda akan memiliki ketahanan lebih kuat selama bersukan/beraktiviti dan tak akan mudah penat. Ianya juga dapat meningkatkan produktiviti semasa bekerja dan anda tidak mudah mengantuk.

Ini adalah salah satu manfaat yang ramai orang suka! Khususnya buat mereka yang sukar tidur malam. Ketika anda bersauna, badan anda akan menghasilkan hormon endorfin yang lebih banyak, kesannya adalah anda akan merasa lebih rileks, santai, dan tenang. Jadi, bersaunalah sebelum anda masuk tidur, pasti ada puas hati!

Selain untuk kesihatan badan anda, bersauna dapat membantu rambut di kepala anda menjadi lebih sihat. Di kulit kepala kita terdapat kelenjar yang bernama sebaceous, yang memiliki peranan untuk menjaga kesihatan dan melembapkan rambut. Dengan bersauna, kelenjar sebaceous akan lebih aktif dan memberikan kesihatan buat rambut anda.

Semasa bersauna, sel-sel kulit mati pada badan kita akan berkurang sekaligus dapat meningkatkan aliran darah ke kulit. Proses aliran darah tu lancar. Jadi, pertumbuhan kulit baru akan kerap terjadi dan membuang sel-sel kulit mati, sekaligus kulit nampak lebih bersih & kalau rajin buat wap muka ketika bersauna, hasilnya lebih baik >.< Tak caye? Cubalah!

Bersauna buat anda lebih ceria!

Anda akan lebih positif dan akan sentiasa cergas!

Sumber : Sumosauna HQ

Sauna Dan Sumosauna : Tips Pertama Kali Bersauna

Di sini kami sertakan beberapa video & tips penting yang berkaitan untuk anda tahu.

Cara Pasang Set Sumosauna

Cara Guna Sumo Steamer

Cara Lipat Sumo Tent

Cara Betulkan Tulang Sumo Tent Terkehel >.<

Sumo Herbs boleh digunakan 3-4 kali sampai hilang bau. Tapi, macamana nak simpan & kekalkan kesegarannya?

Lihat video di bawah;

Perlu ke pasang Herbal Box setiap kali bersauna?

Tahap Kepanasan & Kiraan Masa

Penggunaan Kerusi/Bangku

Kalau anda belum beli/tebus Voucher Sumo Bangku, anda boleh gunakan sebarang kerusi dari material plastik/besi tahan panas kerana bersauna akan mengeluarkan peluh yang banyak. Kerusi/Bangku dari material yang mudah dicuci/kering dengan cepat adalah sangat sesuai. Lebih-lebih lagi ia tidak mudah menyimpan bakteria, berbanding kerusi material kayu/fabrik.

Nak kena mandi ke lepas bersauna?

Recap :

Tip Untuk Pertama Kali Bersauna

💠 Minum air isotonik. Contoh seperti air 100plus atau Revive. Cara: minum air kosong segelas, lepas tu minum air isotonik beberapa teguk. Tujuannya untuk menggantikan sejumlah air dan mineral yang keluar semasa bersauna nanti.

💠 Disarankan ‘start’ bersauna dengan 10-15 minit sekali sessi dengan menggunakan suhu yang rendah. Bila badan dah selesa boleh tambah masa sehingga 30-45 min per session.

💠 Pakai pakaian yang selesa, breathable, tak terlalu ketat dan tebal. Senang cerita berkemban dengan kain batik je! Wanita pasti suka >.<

💠 Lepas makan makanan berat, jarakkan 1-2 jam sebelum bersauna. Untuk beri laluan kepada sistem penghadaman. Kalau lapar, makan makanan yang ringan dahulu sebelum bersauna.

💠 Kalau terasa nak pitam ketika bersauna, sakit kepala atau tak sihat, bersegeralah keluar dari sauna. Jangan paksa badan. Know your limits! Ini penting!

💠 Selepas habis 1 sesi bersauna, rehat sekejap dan bilas badan dengan air suam/sejuk untuk bersihkan diri. Badan akan rasa lebih fresh untuk sambung sesi seterusnya.

 

Ready nak bersauna?

Enjoy your mandi peluh kaw-kaw >.<

Sumber : Sumosauna HQ