5 Bahaya Jika Badan Tidak Berpeluh

Anda malas bersenam?

Tapi nak bagi badan berpeluh macam bersenam?

Sauna jawapannya!

Tapi.. Ramai juga yang masih atau kurang pendedahan ilmu tentang kebaikan bersauna. Ramai yang beranggapan, alah… aku tak bersauna pun, badan aku dah berpeluh. Sebab cuaca panas!

Ye betul.. berpeluh.

Tapi berpeluh dengan cuaca panas & berpeluh disebabkan senam atau bersauna lain!

Kajian juga ada mengatakan berpeluh dalam konteks apa sekalipun memang merupakan perkara yang baik. Ia membantu jantung kita dan meningkatkan peredaran darah kita. Tetapi, berpeluh akibat panas disebabkan musim panas mempunyai mekanisme penyejukan (erti kata lain… berpeluh disebabkan cuaca panas, badan cepat sejuk balik).

Sauna, secara amnya mengawal persekitaran kita. Di mana, di dalam sauna, persekitaran yang dipanaskan tertutup bermaksud berpeluh tidak akan menyejukkan badan kita. Tidak ada cara untuk sejukkan badan di sauna – berbanding di luar rumah.

Jadi, berpeluh ketiak disebabkan cuaca panas tidak memberikan anda semua manfaat kesihatan sepertimana kita menggunakan sauna.

Berada di sauna sama seperti kita membuat senaman – ianya mencabar badan kita dengan membakar lebih banyak kalori (300-400) dalam sesi 30 minit sama seperti yang anda lakukan untuk aktiviti berjoging.

OK.

Berpeluh sebenarnya adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal. Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan/bersauna.

Bersenam/berolahraga, berjalan kaki atau bersauna tetap juga dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan peluh.

KELEBIHAN BERPELUH

1) Membuang toksin dalam badan – berpeluh dapat membersihkan bahan yang berbahaya seperti alkohol, kolesterol dan garam daripada badan. Kajian menunjukkan 30 peratus toksin akan dibuang melalui peluh. Buah pinggang mengambil masa 24 jam untuk membuang toksin yang berbahaya daripada badan manakala jika berpeluh, pembuangan toksin lebih cepat.

2) Memperbaiki peredaran darah – peluh juga dapat membantu menambahkan kesihatan jantung dan salur darah. Apabila badan berpeluh, jantung akan bekerja lebih kuat untuk menambahkan peredaran darah. Mekanisme ini berguna dalam jangka masa yang panjang.

3) Mencantikkan kulit – peluh mengandungi jumlah antibiotik yang kecil yang membantu menetang bakteria yang terdapat secara semulajadi dalam kulit. Peluh juga dapay membersihkan liang roma dan menjadikan kulit lebih cerah dan lembut. Peluh juga membantu memperlahankan tanda penuaan dan mengurangkan kesan kerosakan kulit.

4) Membakar lemak – peluh boleh membantu mengurangkan berat badan. Apabila badan berpeluh semasa senaman, lemak akan larut dalam air dan mengalir keluar daripada badan melalui peluh. peluh dapat membakar 300 kalori dalam masa satu jam.

5) Mengurangkan tekanan – peluh tidak akan mengurangkan tekanan secara langsung. Namun, pertambahan suhu badan melalui senaman ataupun sauna mempunyai kesan yang positif. Endorfin dan bahan kimia yang lain akan dibebaskan semasa senaman akan mengurangkan tekanan secara semulajadi.

Berikut adalah 5 bahaya jika badan kita tidak berpeluh dan kesannya kepada kesihatan kita. Sangatlah penting untuk kita ambil tahu perkara-perkara yang kita rasakan ianya remeh, namum boleh bagi impak besar untuk diri kita jika kita abaikan. Mungkin kesannya bukan sekarang, tapi di masa akan datang.

BAHAYA JIKA TIDAK BERPELUH

Stres / tertekan :
Berlakunya ketegangan otot dan stres disebabkan pelbagai punca; antaranya kurang aktiviti riadah/bersukan. Dengan  bersenam/beriadah & mengeluarkan peluh  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tenang.

Kulit kusam :
Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.

Ganggu sistem imunisasi :
Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Kegemukan :
Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses ‘membakar’ lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.

Jantung tidak sihat :
Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.

Bagi orang yang memang susah nak berpeluh langsung walau apa sekali pun keadaan yang dihadapi, perlu mendapatkan rawatan segera. Ini kerana menurut pakar perubatan kulit, golongan tersebut akan menyebabkan dirinya terkumpul toksik dalam badan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Salah satu cara paling mudah untuk anda berpeluh adalah bersauna. Cuba & rasailah perbezaannya.

5 Tips Kurus Paling Berkesan Dengan Sauna

Betul ke bersauna boleh kurus? Ya. Boleh. Bersauna boleh kurus. Tapi dengan syarat ikut pantang larang. Ada sebab anda tak akan kurus hanya dengan BERSAUNA. Bersauna boleh membakar 300-400 kalori untuk sekali sessi; walaupun ia hanya buang lebihan air. Ada tips & cara bagaimana boleh kurus, terutamanya untuk mereka yang malas bersenam.

Antara testimoni yang terbaik;