5 Tips Cantik Dengan Sauna
Cantik dengan sauna? Mesti tak percaya kan? Betul… Percayalah. Kecantikan itu sebenarnya datang dari dalam dan sauna adalah pilihan yang bagus untuk serlahkan kecantikan dari dalam. Lebih-lebih lagi jika anda jadikan sauna sebagai rutin harian ataupun mingguan anda.
Jom tengok 5 sebab kenapa boleh cantik dengan sauna :
01. Melembapkan kulit anda
Haba dan peluh yang disebabkan di sauna merangsang kelenjar sebum dalam kulit. Fungsi kelenjar ini adalah untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Dengan merangsang pengeluaran sebum, sauna membantu mengekalkan kulit anda dalam kondisi yang baik.
02. Memberikan kesan 'glowing' pada wajah anda
Apabila anda bersauna, suhu membawa kepada peningkatan mendadak dalam peredaran darah. Secara tak langsung kulit anda memberikan penampilan yang sihat, segar dan ‘glowing’. Cahaya segar dan sihat – tanpa perlu mekap. Ini adalah antara tip cantik dengan sauna yang ramai wanita di luar sana menyukainya.
03. Sauna meremajakan kulit anda
Kolagen ialah protein yang memberikan kekuatan dan keanjalan tisu dan organ kita. Haba ketika bersauna meningkatkan pengeluaran kolagen, dengan itu menguatkan dan meremajakan kulit. Haba juga membantu kulit menyingkirkan sel kulit mati, menggalakkan pertumbuhan yang lebih baru dan lebih sihat.
04. Berpeluh ketika sauna mempunyai kesan pembersihan (cleansing effect)
Ramai dari kita tak sedar sebenarnya cantik dengan sauna dan berpeluh itu juga sebenarnya memberikan anda kesan cantik dari dalam. Peluh yang banyak keluar disebabkan bersauna mempunyai kesan pembersihan pada liang dan kelenjar, membuang toksin dan kekotoran. Hasilnya kulit lebih sihat, kurang terdedah kepada jerawat, bintik hitam dan jeragat.
05. Menyental badan selepas saja bersauna (scrubbing)
Menghabiskan masa dalam panas dan lembapan sauna adalah persediaan yang sempurna sebelum memberikan kulit anda rawatan pengelupasan. Berpeluh dan panas melembutkan kulit kering, dan membantu dalam menanggalkan lapisan kulit mati. Berikan kulit anda scrub yang baik (Gunakan Sumo Sental) selepas bersauna, dan anda akan dapat lihat juga rasai kulit anda selembut bayi. Ini juga salah satu rahsia cantik dengan sauna.
