Sauna Dan Sumosauna : Jenis Pilihan Set Sumosauna

Produk Sauna Mudah Alih Terkenal di Malaysia

Saya nak beli set Sumosauna, tapi tak tau nak beli yang mana.

Apa beza dia ye?

Sumosauna Pro adalah set sauna biasa. Sesuai digunakan untuk seorang diri bagi mereka yang sukakan ‘me time’.

Sumosauna Pro Max boleh digunakan untuk bersauna berdua. Seorang bersauna seluruh badan dan seorang lagi bersauna kaki. Dan Sumosauna Pro Max ini juga sesuai untuk wanita mengandung di mana wanita mengandung boleh bersauna untuk bahagian kaki sahaja, kerana terdapat 2 lubang di bahagian tepi khemah sauna. Jika tidak digunakan, lubang tersebut boleh diikat untuk memastikan tiada wap yang keluar dari khemah sauna.

Set Sumosauna Pro & Pro Max

Setiap pembelian Set Sumosauna sama ada Pro/Pro Max, ianya didatangkan dengan barangan berikut;

** Adalah barangan yang terdapat di dalam Sumo Kit Box.

Nota : Video Tutorial, akan diberikan oleh ejen. Walaubagaimanapun, anda boleh dapati video tersebut di dalam Blog/Jurnal Empire Sauna bertajuk; “Pertama Kali Bersauna?

6 Pilihan Warna Sumo Tent

Pilihan warna Sumo Tent adalah sama untuk Set Sumosauna Pro/Pro Max. Namun, walaubagaimanapun, warna-warna tersebut adalah bergantung kepada stok di HQ. Sekiranya tiada stok warna, pihak Empire Sauna akan hubungi anda untuk tukar kepada warna-warna lain yang mempunyai stok. [Harap Maklum]

Set Sumosauna Pro

(Sakura Limited Edition)

Ramai orang tanya;

Set Sumosauna tak termasuk Sumo Bangku ke?

Tak ada. Sumo Bangku anda boleh beli secara berasingan. Walau bagaimapun, anda masih boleh menggunakan kerusi/bangku apa sahaja asalkan ianya plastik kerana mudah untuk dicuci kesan dari peluh dan toksin yang keluar ketika bersauna

Ciri-ciri Khas Sumo Tent

Sumber : Sumosauna HQ

Sauna Dan Sumosauna : Tips Pertama Kali Bersauna

Di sini kami sertakan beberapa video & tips penting yang berkaitan untuk anda tahu.

Cara Pasang Set Sumosauna

Cara Guna Sumo Steamer

Cara Lipat Sumo Tent

Cara Betulkan Tulang Sumo Tent Terkehel >.<

Sumo Herbs boleh digunakan 3-4 kali sampai hilang bau. Tapi, macamana nak simpan & kekalkan kesegarannya?

Lihat video di bawah;

Perlu ke pasang Herbal Box setiap kali bersauna?

Tahap Kepanasan & Kiraan Masa

Penggunaan Kerusi/Bangku

Kalau anda belum beli/tebus Voucher Sumo Bangku, anda boleh gunakan sebarang kerusi dari material plastik/besi tahan panas kerana bersauna akan mengeluarkan peluh yang banyak. Kerusi/Bangku dari material yang mudah dicuci/kering dengan cepat adalah sangat sesuai. Lebih-lebih lagi ia tidak mudah menyimpan bakteria, berbanding kerusi material kayu/fabrik.

Nak kena mandi ke lepas bersauna?

Recap :

Tip Untuk Pertama Kali Bersauna

💠 Minum air isotonik. Contoh seperti air 100plus atau Revive. Cara: minum air kosong segelas, lepas tu minum air isotonik beberapa teguk. Tujuannya untuk menggantikan sejumlah air dan mineral yang keluar semasa bersauna nanti.

💠 Disarankan ‘start’ bersauna dengan 10-15 minit sekali sessi dengan menggunakan suhu yang rendah. Bila badan dah selesa boleh tambah masa sehingga 30-45 min per session.

💠 Pakai pakaian yang selesa, breathable, tak terlalu ketat dan tebal. Senang cerita berkemban dengan kain batik je! Wanita pasti suka >.<

💠 Lepas makan makanan berat, jarakkan 1-2 jam sebelum bersauna. Untuk beri laluan kepada sistem penghadaman. Kalau lapar, makan makanan yang ringan dahulu sebelum bersauna.

💠 Kalau terasa nak pitam ketika bersauna, sakit kepala atau tak sihat, bersegeralah keluar dari sauna. Jangan paksa badan. Know your limits! Ini penting!

💠 Selepas habis 1 sesi bersauna, rehat sekejap dan bilas badan dengan air suam/sejuk untuk bersihkan diri. Badan akan rasa lebih fresh untuk sambung sesi seterusnya.

Ready nak bersauna?

Enjoy your mandi peluh kaw-kaw >.<

Sumber : Sumosauna HQ