SOALAN LAZIM (FAQ)
[SAUNA] Kalau pertama kali nak sauna kena berapa lama?
Guna suhu paling rendah dan setkan 20 minit (10 minit untuk didihkan air dalam steamer, 10 minit lagi untuk bersauna) Bersegera keluar dari sauna sekiranya rasa pening atau tak tahan panas.
[SAUNA] Macam mana berat boleh turun dengan bersauna?
Proses berpeluh menggunakan banyak tenaga (kalori) Tenaga terdiri dari lemak dan karbohidrat. Jumlah pembakaran kalori bergantung suhu dan tempoh bersauna. Gabungkan dengan diet seimbang dan sedikit senaman untuk kesan yang lebih efektif.
[SAUNA] Sauna dulu ke makan dulu?
Makan dahulu, jarakkan sejam selepas makan kemudian baru mula bersauna untuk elak termuntah.
[SAUNA] Kenapa lepas sauna saya rasa pening?
Pertama, badan kekurangan air (dehidrasi) - kena minum air lebih banyak dari biasa. Kedua, badan tak tahan suhu panas - kena guna suhu paling rendah. Ketiga, badan tak tahan sauna lama - kena cuba bersauna 10 minit sahaja.
[SAUNA] Kenapa masa sauna badan saya gatal?
Proses detox sedang berlaku pada pori kulit tempat keluar peluh.
[SAUNA] Umur berapa boleh start sauna?
Dari 6 tahun (perlu ada orang dewasa yang memantau dan guna suhu rendah untuk 10 minit). Warga emas pun boleh sekiranya dia larat/tahan panas.
[SAUNA] Boleh pakai barang kemas tak?
Boleh, tiada masalah.
[SAUNA] Ada besi dalam badan boleh bersauna tak?
Boleh, tiada masalah.
[SAUNA] Ibu mengandung boleh bersauna tak?
Tidak disarankan, risau ada kesa lain pada kandungan. Kalau hendak bersauna, gunakan Sumosauna Pro Max - sauna di bahagian kaki sahaja untuk kurangkan bengkak dan sebagainya.
[SAUNA] Lepas bersalin, bila boleh mula bersauna?
Bersalin normal, boleh mula bersauna pada minggu ke 3 atau ikut kesesuaian badan (badan dah larat ke belum). Bersalin pembedahan, tunggu sehingga luka betul-betul kering.
[SAUNA] Boleh ke sauna setiap hari?
Seeloknya bersauna 2-3 kali seminggu untuk elak badan dehidrasi, tapi ikut keselesaan badan sekiranya mampu untuk bersauna setiap hari tiada masalah.
[SAUNA] Ada darah tinggi boleh bersauna tak?
Darah tinggi ni ada kategori. Kalau tak tinggi sangat bacaanya boleh bersauna dengan suhu rendah untuk 10 minit. Sekiranya bacaan terlampau tinggi, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
[SAUNA] Ada silikon dalam payudara boleh sauna tak?
Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebab kita tak tahu apa bahan yang ada dalam silikon. Takut ada tindak balas dengan suhu panas dalam sauna.
[SAUNA] Ada slip disc boleh bersauna tak?
Boleh, tiada masalah. Sauna masa dia larat berjalan kalau tengah sakit tak boleh gerak jangan bersauna.
[SAUNA] Lelaki boleh bersauna tak?
Boleh, tiada masalah tapi kalau tengah merancang nak dapatkan anak seeloknya kurangkan bersauna kerana sperma akan berkurang dari biasa untuk 1-2 minggu.
[SAUNA] Lepas sauna kena tunggu berapa minit sebelum mandi?
Rehatkan badan sekurangnya 30 minit untuk tenangkan jantung yang pam laju dan peluh yang masih menitik.
[SAUNA] Tekanan darah rendah boleh bersauna tak?
Darah rendah ni ada kategori. Kalau tak rendah sangat bacaanya boleh bersauna dengan suhu rendah untuk 10 minit. Sekiranya bacaan terlampau rendah, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
[SAUNA] Pesakit kencing manis boleh bersauna tak?
Boleh, tiada masalah. Cuba dengan suhu paling rendah untuk 10 minit.
[SAUNA] Datang haid boleh bersauna?
Boleh. Tak ada masalah. Seminggu sebelum datang haid sangat digalakkan untuk bersauna. Semasa datang haid, bersauna dapat mengurangkan sakit-sakit badan & pinggang & melancarkan peredaran darah dalam badan.
[SAUNA] Boleh ke steam muka dengan masukkan muka ke dalam sauna?
Boleh. Tak ada masalah. Lagi bagus sebab dalam masa yang sama, anda boleh buat teknik pernafasan di dalam sauna untuk kesan yang optimum.
[PEMBELIAN] Apa proses pembelian di dalam laman web Empire Sauna?
Jika anda mahu beli Set Sumosauna Pro/Pro Max secara ansuran/kutu, anda perlu WhatsApp kami +6013-2085499 untuk kami terangkan lebih lanjut prosesnya. Namun, andai anda mahu beli secara 'cash'/tunai, anda hanya perlu terus ke "Kedai Sauna" dan pilih barang yang dikehendaki, seterusnya klik masuk ke "Cart" & terus buat pembayaran di "Checkout". Harus diingat, sebelum membuat pembayaran, sekiranya anda beli Redeem Voucher Sumo Bangku, anda perlu masukkan No Voucher di bahagian 'Order Notes'. Atau jika ada sebarang makluman untuk pihak kami, anda boleh tinggalkan pesanan di 'order notes'.
[PEMBELIAN] Kalau saya ada sebarang pertanyaan, apa cara pantas untuk saya dapatkan jawapan segera?
Anda boleh terus WhatsApp kami di +6013-2085499 atau email kami di empiresaunaofficial@gmail.com.
[PEMBELIAN] Betul ke pembayaran boleh dengan 3 cara?
Ye betul. 4 cara sebenarnya kerana untuk kutu, kita sediakan kutu 5 bulan & juga 3 bulan. Untuk pembayaran secara tunai, anda boleh terus buat pembelian di laman web Empire Sauna untuk urusan yang lebih pantas. Namun, jika anda berminat untuk bayar secara ansuran/kutu, boleh terus hubungi kami di WhatsApp +6013-2085499. Kami akan terangkan secara terperinci proses ansuran & kutu dilakukan.
[PEMBELIAN] Saya tak nak beli, tapi saya nak sewa dulu. Boleh ke?
Boleh. Kita ada pakej yang disediakan untuk sewa. Boleh rujuk di frontpage/laman utama Empire Sauna. Jika anda berminat untuk sewa, boleh WhatsApp kami +6013-2085499 untuk tempahan.
[PEMBELIAN] Kenapa ada Membership Price & Normal Price?
Untuk dapatkan harga yang murah, anda perlu daftar sebagai ahli - hanya perlu berikan Tarikh Lahir anda di bahagian order notes semasa check out untuk kami buat proses pendaftaran di dalam Sumosauna HQ. Kemudian, anda akan menerima email dari pihak kami berkenaan pendaftaran. Pendaftaran adalah percuma.
[PEMBELIAN] Kalau saya hendak melakukan kejutan buat tersayang, boleh buatkan 'Special Card'?
Tentu boleh. Terdapat 'Wish Card' di bahagian Kedai Sauna untuk anda beli & tinggalkan pesanan. Pesanan boleh ditinggalkan di 'Order Notes' sebelum membuat pembayaran.
[PENGHANTARAN] Berapa lama proses penghantaran dilakukan?
Proses penghantaran mengambil masa selama 3-7 hari bergantung kepada 'Courier Service Provider', terutamanya ketika musim pandemik.
[PEMULANGAN] Macam mana kalau saya nak pulangkan semula barang kalau terdapat 'defect' ?
Pemulangan adalah dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk. Dalam masa tempoh 7 hari, kos ditanggung pihak Empire Sauna. Terdapat syarat yang perlu anda patuhi untuk tujuan proses pemulangan produk. Sila rujuk 'Return & Refund Policy' untuk maklumat lanjut.
SUMOSAUNA BUKAN SAUNA BIASA-BIASA
SUMOSAUNA adalah PRODUK SAUNA MUDAH ALIH yang TERKENAL di MALAYSIA dengan menyediakan BANYAK KEMUDAHAN & MANFAAT yang diperoleh.