Amalan Tradisi Bertangas Untuk Wanita

Ramai sebenarnya di kalangan wanita hari ini tidak tahu tentang bertangas & tidak tahu cara bertangas.

Sumosauna menyediakan produk yang sesuai untuk bertangas, malahan anda boleh juga melakukan proses bertangas/vaginal steaming ketika bersauna.

Fakta Menarik Tentang Bertangas

Bagi yang belum tahu, bertangas adalah proses ‘mandi wap’ yang melibatkan anggota sulit wanita, iaitu vagina.

Ia dilakukan bagi membuang bau badan, melancarkan peredaran darah dan haid, serta menjaga kesihatan faraj.

Selain menjadi tradisi masyarakat Melayu kita, ia juga turut diamalkan dalam masyarakat lain di luar negara contohnya di negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand. Di negara Barat juga, ia lebih dikenali sebagai proses ‘vaginal steaming’.

  • Tangas Kering – menggunakan batu sungai yang dipanaskan selama satu jam di atas api kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih. Asapnya inilah yang akan menghangatkan bahagian sulit wanita. Tangas kering ini dianggap lebih ringkas dan tidak terlalu merimaskan bagi yang tak tahan panas.
  • Tangas Basah – menggunakan air panas yang dididih bersama daun herba terpilih. Wapnya dirasai seolah-olah sedang bersauna.

Terdapat banyak kebaikan bertangas antaranya adalah membantu ibu bersalin melancarkan pengaliran darah nifas, mengeluarkan toksin, serta membantu melangsingkan tubuh.

Herba-herba terpilih yang digunakan dapat mengelakkan kekenduran rahim, serta mempercepatkan kesembuhan pada luka jahitan selepas bersalin.

Rawatan ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin sahaja; malah wanita yang belum berkahwin juga digalakkan bertangas kerana ianya juga mampu mencegah masalah bau dan keputihan pada vagina.

Cara Bertangas Kering

Bahan-bahannya:

• serbuk manjakani
• daun inai
• kunyit hidup
• jintan hitam
• halba
• garam kasar
• limau nipis
• asam gelugur

Cara-caranya :

Panaskan dahulu batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sirih dalam periuk atau mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan. Wap yang terhasil dari batu yang panas digunakan untuk bertangas.

Cara Bertangas Basah

Bahan-bahannya:

• halia
• biji atau serbuk manjakani
• daun sirih
• garam kasar
• lengkuas
• jintan hitam
• serai wangi
• halba

Caranya :

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Seeloknya rebuskan di dalam periuk tanah. Gunakan kerusi khas atau sediakan tempat bertangas yang sesuai. Bertangas selama 15-30 minit. Air yang telah sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.

*Untuk mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi secara menyeluruh, boleh juga berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki (seperti berkemban).

*Sementara menunggu tempoh 30 minit tersebut, senaman kemutan otot rahim (senaman Kegel) juga boleh dialakukan untuk kekuatan otot alat sulit dan rahim.

Dengan Sumosauna, anda mudah untuk melakukan proses bertangas/vaginal steaming.

Anda hanya perlukan;

  • Sumo Bangku
  • Sumo Herbs
  • Sumo Steamer
  • Kain Batik – untuk tutup wap dari keluar.

Nak lagi mudah? Dengan Set Sumosauna, anda hanya perlu masuk ke dalam Sumo Tent untuk kesan yang lebih. Samada anda masukkan Sumo Herb direbus ke dalam steamer, ataupun letak uncang Sumo Herbs ke dalam Herbal Box.

Cara Bertangas

Kebaikan Bertangas

Kerusi Sauna Terpilih Sumo Bangku

Kedudukan Sumo Bangku di dalam Sumo Tent