Testimoni Dari The Founder of Empire Sauna


“Pada 09.10.2018, YN sendiri pernah menerima minor surgery kerana disebabkan oleh Carpal Tunnel Syndrome.
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders. *sumber
Nampak macam sakit biasa. Tapi secara jujurnya ianya mengganggu aktiviti dan kerja yang kita lakukan. Daripada sakit yang boleh kita tahan, sampailah ke tahap memang sakit sangat sampai kita tak boleh tidur malam.
3 tahun berlalu, namun walaupun surgery dah dibuat, kesakitan dan rasa ketidakselesaan itu masih ada jika kita buat kerja yang menggunakan tangan secara berterusan dan tanpa rehat. Ataupun, mengangkat benda-benda berat. YN tak boleh nak elak untuk tidak buat. Dah tanggungjawab.
Jadi, selepas YN menggunakan sauna untuk tujuan rawatan terapi badan dan tangan khususnya, YN dapati perubahan yang baik. Ye betul, ianya mungkin bersifat sementara sebab kita tetap menggunakan tangan untuk melakukan pelbagai aktiviti, tapi sekurang-kurangnya risiko untuk jadi lebih teruk dapat YN elakkan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
Lagipun, 3 tahun yang lepas semasa YN buat Nerve Conduction Test untuk kedua-dua tangan, keputusan menunjukkan kedua-dua tangan YN mengalami Carpal Tunnel Syndrome, tetapi sebelah kanan yang agak teruk.
Jadi, YN tekad untuk rutin gunakan sauna bagi memastikan kedua-dua tangan YN sentiasa dalam kondisi yang baik dan Alhamdulillah, kesihatan badan YN keseluruhannya juga menunjukkan tanda positif di mana YN sentiasa cergas dan bertenaga.”