EMPIRE SAUNA

The Founder Story

Yayang Nasir (YN)

Johor Bahru, Johor, Malaysia.

YN SEORANG YANG SANGAT MINAT DENGAN BISNES. Latar belakang pendidikan; selain Diploma Perakaunan dari Kolej Islam Darul Ehsan (sekarang KUIS), YN juga adalah lepasan Ijazah Sarjanamuda Perakaunan (Dengan Kepujian) dari UKM, Selangor. YN mempunyai pengalaman pekerjaan dalam bidang perakaunan dan pengauditan lebih dari 10 tahun.

Alhamdulillah, dengan ilmu dan pengalaman yang ada, YN juga berjaya ‘develop’ Sistem Perakaunan yang menggunakan Microsoft Excel dan ianya boleh digunapakai untuk mereka yang dalam Industri Kecil & Sederhana (SME). Itu untuk asas – bagi ‘Cash Basis Accounting’. Sekarang, masih dalam proses untuk siapkan bagi ‘Accrual Basis Accounting’ di mana ianya lebih ‘complicated’ & sangat sesuai untuk mereka yang perlukan akaun untuk diaudit.

Bila seseorang yang minat bisnes, atau seorang yang mempunyai ‘otak’ usahawan, ada sahaja idea yang difikirkan untuk bisnes. Tak pernah jemu. Lebih-lebih lagi, semua bisnes yang YN buat adalah datang dari minat yang tinggi. Jangan tak percaya ye, YN ada buku manual tentang bisnes & idea yang YN tulis sendiri. Apa sahaja idea yang datang, YN akan tulis.

Selain itu, YN juga seorang ‘artist’. YN melukis & merekacipta logo berdasarkan lukisan tangan. Kebanyakan pelanggan YN adalah daripada rakan-rakan di dalam ‘Cat Fancy’. Haa! Apa pulak tu?  Mereka adalah yang selalu terlibat dengan ‘Cat Exhibition & Competition’ samada dari dalam atau luar negara. Dan, kebanyakan mereka mempunyai Pet Shop sendiri.

YN juga pernah melukis & menjahit beg-beg serta menjualnya sebagai ‘Exclusive Handmade’.

Namun, menjahit beg rupanya lebih kepada hobi YN. ‘Passion’ untuk bisnes sangat kurang untuk itu. Lebih-lebih lagi permintaan sangat terhad sedangkan YN perlukan duit tambahan/duit poket disebabkan YN sudah tidak bekerja lagi. YN berhenti kerja kerana suami perlu merantau bekerja di Timur Tengah & YN perlu uruskan Cattery (Bilik-bilik Kucing) setiap hari sendirian. Masa & tenaga sangat terhad kalau YN bekerja di luar & sudah semestinya rumit untuk sentiasa cuti jika ada kecemasan.

Bisnes Sistem Perakaunan & Melukis memang boleh bantu. Tapi, YN rasa tak puas. Macam ada sesuatu yang YN tak buat. Bak kata orang, YN nak; sambil nak kumpul saham kat dunia, kumpul jugak saham kat akhirat. Macam-macam yang YN cuba rancang untuk bisnes. Tapi, semuanya akan melalui proses yang panjang.

Alhamdulillah, sejak YN kenal dengan Sumosauna (pada masa itu, YN selalu nampak ‘posting’ Facebook dari sahabat YN sendiri; Suzi), hati ni jadi tertarik. Lebih-lebih lagi dengan Sumosauna; YN boleh tolong ramai orang untuk sihat dan dalam masa yang sama, dapat jana pendapatan. Itu motif yang YN nak sebenarnya! Bisnes yang paling mudah untuk YN sebarkan kebaikan pada oranglain & paling cepat. Kiranya, YN dah tak perlu fikir tentang produk & ‘marketing’, sebab produk Sauna Mudah Alih dari Sumosauna itu sendiri dah terbukti berkualiti, & pelan pemasaran daripada pihak HQ sendiri dah cukup padat. Jalan tu dah ada.

Tipulah kalau YN cakap, YN tak lalui kesulitan dalam bisnes Sumosauna. Macam semua sedia maklum, YN masih tetap lagi dengan Projek Sistem Perakaunan & Melukis, dan jugak urusan di Cattery. Walaupun jadual yang padat, tapi, kalau kita buat sesuatu yang kita suka/minat, In Shaa Allah, semangat tu tak mati & kita pasti akan carik jalan penyelesaian. Sakit memang sakit. Mana ada kejayaan yang tak melalui kesakitan? In Shaa Allah… sentiasa positif je! Kalau anda jatuh, tak pe… ambil masa untuk naik balik. Yang penting, semangat tak mati.

Alhamdulillah, dengan Sumosauna juga YN kekal positif & Alhamdulillah sihat sehingga hari ini. Rutin bersauna buat YN cergas & ceria. Tahun 2022 YN dah nak masuk 40. Mestilah kesihatan perkara penting yang YN ambilkira. Sayangkan diri sendiri dulu! Itu yang penting.

Stay safe semua!

“Nak sihat, jangan fikir nanti-nanti..!”

Salam sayang;

YN.

The Founder of Empire Sauna